Friday, June 10, 2016

Surah AlBaqarah, 8~20



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 8~20:

Ringkasan tafsir;
 Ada dua golongan kaum;
1. Kaum Musyrikin, ialah kaum yang menyekutukan Tuhan (penduduk Mekkah).
2. Kaum Munafikin, ialah kaum yang zahirnya Muslim dan batin nya adalah kufur (penduduk Madinah).
,
Ayat ini ditujukan kepada orang munafik penduduk Madinah.
Ayat 8 dan 9 menjelaskan orang munafik mengaku beriman sedangkan mereka tidak beriman.
Ayat 10 menjelaskan budi perkerti Munafik itu sangat bahaya;
Ayat 11 dan 12 menjelaskan bahawa jika ditegur mereka menyangkal dan dialah yang benar.
Ayat 13, 14 dan 15 menjelaskan bahawa mereka dari kalangan sesama mereka menyanggah, dan mengaku dirinya beriman.
Ayat 16 menjelaskan mereka membuka perniagaan dengan dengan jual beli campur aduk sesat dan kebenaran.
Ayat 17 menerangkan mereka payah untuk mengubah hati-hati mereka dan tidak dapat menikmati cahaya dari Quran.
Ayat 18, 19 dan 20 menerangkan orang munafik enggan mendengar pengajaran dan petunjuk Quran, dan menutup telinga.

Penyakit jiwa mereka itu ialah
1. Bebal, dan mengelirukan orang.
2. Kerapuhan iman, mengandungi syak wasangka dalam keraguan tidak tetap pendirian.
3. Sikap, menentang kebenaran.


Sumber: 

 


[Previous] [Next] 

.